Monday, November 19, 2018

PENGENALAN KEPADA ASAS PENGKABELAN RANGKAIAN

1.0 PELAN SUSUN ATUR KABEL

1.1 Point to Point Cabling

Point to Point Cabling merupakan pengkabelan kaedah lama untuk mewujudkan sistem rangkaian. Pengkabelan jenis ini kebiasaannya dibahagikan kepada setiap kawasan. Ia memerlukan penggunaan jumlah kabel yang banyak kerana setiap penyambungan adalah secara berasingan. Pengkabelan jenis ini sesuai digunakan di bangunan kecil dan sederhana seperti pejabat dan sekolah.

1.2 Trunking

Trunking merupakan sebuah alat yang sesuai untuk menyimpan pelbagai
jenis kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada pvc dan logam.
Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Trunking melaraskan susun
atur dan melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Kebiasaannya
trunking dipasang di permukaan atas dan bawah dinding bangunan
bertujuan memudahkan juruteknik membuat penarikan kabel baru dan
penyelenggaraan baikpulih sekiranya berlaku kerosakan.

1.3 Horizontal Cabling

Horizontal Cabling merupakan pengkabelan secara mendatar paling mudah
dipasang sama ada semasa pembinaan atau pengubahsuaian sesuatu
bangunan. Ia berpandukan kepada struktur bahagian setiap bangunan.
Horizontal Cabling memerlukan penggunan trunking supaya memudahkan
proses melaraskan kabel mengikut susunan yang telah ditetapkan.

1.4 Backbone Cabling

Backbone Cabling merupakan satu kabel utama menghubungkan
pembahagian antara ruang ke ruang dalam satu bangunan yang sama. Jenis
kabel fiber optic sangat sesuai digunakan sebagai Backbone Cabling. Ini
kerana kabel fiber optic bersifat lasak dan tahan lama sesuai untuk ditanam
dalam dinding bangunan atau bawah tanah berdasarkan pelan yang dirujuk.

1.5 Campus Cabling

Campus Cabling merupakan pengkabelan besar rangkaian kawasan
setempat. Kampus terdiri daripada beberapa bangunan yang dibahagikan
oleh bahagian dan jabatan seperti pejabat pengurusan, perpustakaan,
dewan kuliah, asrama dan lain-lain. Pangkabelan bawah tanah (main hole)
merupakan kaedah yang paling sistematik digunakan di kawasan kampus.
Ia menggunakan kabel jenis fiber optic. Kaedah ini selamat dan
memudahkan juruteknik sekiranya untuk membuat penarikan kabel baru
atau proses penyelenggaraan. Setiap kabel melalui bawah tanah ini akan
dilakukan proses penamatan(termination) kepada bangunan yang telibat.

2.0 JENIS-JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi rangkaian merupakan corak atau susun atur terhadap sesebuah
rangkaian. Topologi terdapat dalam dua keadaan iaitu fizikal dan logikal.
Topologi fizikal merupakan rekabentuk fizikal rangkaian dari segi lokasi dan
pemasangan peranti serta kabel. Topologi logikal merupakan penghantaran
atau pemindahan data dari komputer ke komputer dan ke peranti lain.

2.1 Topologi Bus

Topologi Bus merupakan struktur rangkaian disambungkan dengan satu
kabel backbone yang menghubungkan semua komputer dan peranti lain. Ia
mempunyai titik permulaan dan penamat (termination). Setiap komputer dan
peranti lain disambungkan kepada satu kabel. Proses penghantaran data
adalah satu arah.

Kelebihan Topologi Bus

 Sekiranya salah satu terminal rangkaian tidak berfungsi, ia tidak
menjejaskan yang lain.
 Boleh buat proses penambahan atau pengurangan terminal rangkaian
mengikut keperluan.

Kekurangan Topologi Bus

 Pelanggaran data berlaku apabila lebih dari satu komputer menghantar
data serentak dalam masa yang sama.
 Prestasi rangkaian terjejas dan perlahan sekiranya penambahan
terminal.

2.2 Topologi Star

Topologi Star merupakan struktur rangkaian menggunakan switch atau hub
yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer dan peranti lain.
Switch menguruskan penghantaran data yang diproses oleh komputer untuk
di hantar ke komputer yang lain.

Kelebihan Topologi Star

 Kerosakan yang berlaku terhadap mana-mana komputer tidak akan
memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.
 Boleh buat proses penambahan atau pengurangan terminal rangkaian
mengikut keperluan.
 Prestasi rangkaian lancar dan cepat kerana diurus oleh switch.

Kekurangan Topologi Star

 Kos tinggi kerana memerlukan penggunaan switch dan kabel yang
banyak.
 Sekiranya switch rosak, keseluruhan rangkaian tidak berfungsi.

2.3 Topologi Ring

Topologi Ring merupakan struktur rangkaian sebuah bulatan seperti cincin.
Setiap terminal dalam rangkaian bergantung di antara satu sama lain. Data
yang dihantar melalui setiap terminal sehingga sampai ke terminal yang
dikehendaki.

Kelebihan Topologi Ring

 Sebuah rangkaian sistematik di mana semua terminal mempunyai akses
pada kadar yang sama rata.

Kekurangan Topologi Ring

 Sekiranya salah satu komputer tidak berfungsi, ia menyebabkan seluruh
rangkaian tidak berfungsi.
 Penambahan atau pengurangan peranti memberi kesan kepada seluruh
rangkaian.

2.4 Topologi Hybrid

Topologi Hybrid merupakan struktur rangkaian secara gabungan tiga
topologi iaitu Ring, Star dan Bus. A

Kelebihan Topologi Hybrid

 Sebuah rangkaian sistematik di mana semua terminal mempunyai akses
pada kadar yang sama rata.

Kekurangan Topologi Hybrid

 Sekiranya salah satu komputer tidak berfungsi, ia menyebabkan seluruh
rangkaian tidak berfungsi.
 Penambahan atau pengurangan peranti memberi kesan kepada seluruh
rangkaian.

No comments:

Post a Comment

Computer Network Maintance 3/4

1.0 NETWORK MAINTENANCE PREVENTIVE REPORT 1.1 Faulty part Setiap kerosakan perkakasan perlu direkodkan di dalam network maintenance prev...