Monday, November 26, 2018

PENGENALAN KEPADA PERISIAN OPERASI DAN APLIKASI KOMPUTER

1.0 PEMASANGAN (INSTALLATION) PERISIAN SISTEM OPERASI KOMPUTER

1.1 Jenis-jenis Perisian Operasi dan Versi

1.1.1 Belesen (Licensed)

1.1.1.1 Microsoft Windows

Rajah 1.1.1.1 : Microsoft Windows

Microsoft Windows merupakan perisian sistem operasi keluaran syarikat Microsoft. Hampir 90% pengguna komputer menggunakan perisian tersebut. Perisian ini bersifat mesra pengguna (user friendly) iaitu berdasarkan konsep paparan (interface) yang menarik dan mudah untuk dikendalikan bagi pengguna kali pertama. Dilengkapi dengan beberapa perisian aplikasi seperti Internet Explorer, Windows Media Player, Paint, Notepad dan lain-lain. Pengguna boleh membeli perisian berlesen Microsoft Windows secara terus dengan syarikat pengeluar atau agensi yang berdaftar.

1.1.1.2 Mac Os (Macintosh Operating System)

Rajah 1.1.1.2 : Mac OS

Mac Os merupakan perisian sistem operasi keluaran syarikat Apple Corp. yang terletak di California, Amerika Syarikat. Mac Os cuma beroperasi pada komputer keluarannya tersendiri sahaja seperti Apple iMAC dan Apple Macbook Pro. Perisian ini terkenal
dengan kepantasan membuat kerja multimedia seperti 3D animation, video editing, photo editing dan rekabentuk. Dilengkapi dengan beberapa perisian aplikasi sperti Safari, iTunes, Application Store dan lain-lain. Kebanyakan syarikat perkhidmatan multimedia menggunakan produk keluaran Apple.

1.1.2 Sumber Terbuka (Open Source)

1.1.2.1 Linux

Rajah 1.1.2.1 : Linux

Linux merupakan perisian sistem operasi keluaran oleh Linus Torvalds pada tahun 1991. Linux bersifat multitasking iaitu boleh melakukan pelbagai kerja di dalam satu masa dan sesuai dipasang (install) pada server. Perisian ini mempunyai paparan (interface) seperti Windows tetapi lebih kepada penggunaan variasi kod (coding) untuk mengakses perisian aplikasi. Linux juga digunapakai oleh telefon pintar (smartphone) mengikut versi keluaran dan naiktaraf peranti.

1.2 Perlesenan Sistem Operasi

1.2.1 Sumber Terbuka (Open Source)

Perisian sumber terbuka merupakan perisian komputer dengan sumber kod yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana hak pemegang hak memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedar perisian untuk semua pengguna dan untuk semua tujuan. Pengguna boleh menggunakan perisian ini secara percuma dan ia boleh dipasang (install) ke berapa banyak komputer yang dikehendaki tanpa apa-apa bayaran lesen. Pengguna juga boleh memberikan perisian kepada sesiapa tanpa sebarang sekatan.

1.2.2 Berlesen (Licensed)

Perisian berlesen merupakan perisian mempunyai persetujuan syarat-syarat hak penggunaan perisian antara pemilik dan pengguna. Pengguna hendaklah bersetuju dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian tersebut. Perisian berlesen terhad di mana setiap perisian yang dibeli hanya boleh dipasang (install) untuk satu komputer sahaja.

2.0 JENIS-JENIS PERISIAN PEMACU (DRIVER) KOMPUTER

2.1 Graphic Driver

Rajah 2.1 : Graphic Driver installation

Perisian graphic driver mesti di pasang (install) supaya aktif dan menunjukkan paparan (interface) secara normal pada monitor. Ia menyokong semua perisian aplikasi terutamanya multimedia dan games. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama graphic yang digunakan.

2.2 Sound Driver

Rajah 2.2 : Sound Driver Installation

Perisian sound driver dipasang (install) supaya aktif dan menghasilkan bunyi yang dikeluarkan melalui speaker. Ia menyokong semua perisian aplikasi terutamanya multimedia dan games. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama sound yang digunakan.

2.3 Chipset Driver

Rajah 2.3 : Chipset Driver Installation

Perisian chipset driver dipasang (install) supaya mengaktifkan set komponen elektronik pada litar bersepadu motherboard yang mengurus aliran data kepada semua perkakasan komputer seperti processor, RAM dan lain-lain. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama chipset yang digunakan.

2.4 Network Driver

Rajah 2.4 : Network Driver Installation

Perisian network driver dipasang (install) supaya mengaktifkan komunikasi penghantaran dan penerimaan data melalui rangkaian. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama chipset yang digunakan.

2.5 Monitor Driver

Rajah 2.5 : Monitor Driver Installation

Perisian monitor driver biasanya secara plug and play di mana tidak perlu pasang (install) driver. Ia dikesan secara automatic.

3.0 PEMASANGAN PERISIAN APLIKASI

3.1 Keperluan Minima Pemasangan (Installation)

Setiap perisian aplikasi mempunyai keperluan minimum pemasangan berdasarkan spesifikasi komputer yang digunakan. Keperluan minima
melibatkan seperti kapasiti hard drive, kelajuan processor, RAM dan Graphic Card. Pastikan spesifikasi komputer lebih atau memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh setiap perisian aplikasi. Ia bertujuan melancarkan prestasi aplikasi semasa digunakan.

3.2 Lesen

Perisian aplikasi berlesen perlu diisi kod lesen semasa install supaya perisian tersebut boleh digunakan data tempoh maksimum.

4.0 SOFTWARE UPDATE

Setiap perisian komputer perlu dikemaskini (update) berdasarkan versi terkini. Komputer yang bersambung dengan rangkaian Internet akan menerima mesej software update pada masa tertentu. Tujuannya untuk memastikan kebolehan komputer menggunakan aplikasi versi terbaru tanpa berlaku sebarang permasalahan.

5.0 VERIFIKASI KESELAMATAN KOMPUTER

5.1 Anti-virus

Perisian anti-virus perlu dipasang (install) pada komputer untuk mengawal kemasukan virus dari sumber Internet melalui emel. Perisian ini perlu sentiasa dikemaskini melalui sumber Internet mengikut masa yang telah ditetapkan. Perisian anti-virus sumber terbuka boleh muat turun di laman web http://www.filehippo.com. Terdapat banyak pilihan perisian anti-virus sumber terbuka di laman web tersebut.

5.2 Firewall

Firewall merupakan perisian keselamatan rangkaian digunakan untuk mengawal trafik penghantaran dan penerimaan data. Firewall mengesan dan memastikan data yang dihantar atau diterima selamat untuk digunakan.
Firewall boleh menyekat rangkaian yang tidak dikenalpasti untuk mengelakkan sebarang pencerobohan.

5.3 Internet Browser Security Setting

Perisian Internet browser merupakan perisian sumber terbuka digunakan untuk melayari laman web. Setiap perisian Internet browser terdapat tetapan keselamatan untuk melindungi komputer daripada menerima sebarang mesej pop-up yang akan memberi kesan sampingan pada komputer. Perisian ini juga boleh menyekat laman web yang tidak perlu dilayari seperti laman web berunsurkan lucah.

5.4 User Credential

5.4.1 User Account Information

User Account Information perlu disetkan kata laluan untuk mengelakkan daripada di akses oleh pengguna yang tidak berkaitan.

5.4.2 Email Account

Email Account perlu disetkan kata laluan untuk mengelakkan daripada di akses oleh pengguna yang tidak berkaitan.

6.0 JENIS-JENIS PERISIAN BACK-UP

6.1 System Setting Back-up

Sistem operasi Microsoft Windows mempunyai perisian aplikasi back-up tersendiri iaitu Backup and Restore. Perisian aplikasi ini terdapat di bahagian Control Panel. Kaedah back-up yang terdapat pada perisian Backup and Restore sangat mudah dan teratur. Boleh buat pemilihan tetapan seperti lokasi, jenis media yang digunakan dan masa back-up. Proses back-up secara keseluruhan mengambil masa yang lama bergantung kepada kelajuan komputer tersebut.

PENGENALAN KEPADA PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

1.0 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

1.1 CPU (Central Processing Unit)

Rajah 1.1 : CPU 

CPU atau processor merupakan perkakasan utama yang memainkan peranan dari segi kelajuan memproses data. CPU berfungsi sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.

1.2 Motherboard

Rajah 1.2: Motherboard

Motherboard berfungsi sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan terletak di bahagian bawah casing bagi pengguna yang menggunakan desktop casing dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Motherboard diperbuat daripada kepingan kaca serat dan di atasnya dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa motherboard merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.

1.3 Network Card

Rajah 1.3 : Network Card 

Network card berfungsi menghubungkan komputer kepada beberapa komputer yang lain di dalam rangkaian menggunakan kabel jenis UTP patch cord. Pada hujung permulaan kabel patch cord di masukkan ke slot RJ45 pada network card. Pada hujung pengakhiran kabel patch cord di masukkan ke slot RJ45 pada perkakasan seperti switch.

1.4 RAM (Random Access Memory)

Rajah 1.3 : RAM 

RAM merupakan ingatan utama di mana data atau arahan yang diperlukan atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya boleh dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM boleh melaksanakan proses baca dan tulis (read and write). RAM adalah tidak kekal (volatile). Ini bermakna ia akan kehilangan data atau arahan sebaik sahaja komputer ditutup (off).

1.5 Graphic Card

Rajah 1.5 : Graphic Card 

Graphic card berfungsi memproses serta menghasil gambar dan video untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Ia juga terdapat dalam bentuk (built-in) iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Graphic card tambahan biasanya digunakan oleh pengguna yang melakukan kerja multimedia seperti animasi 3D, rekabentuk, dan games.

1.6 Sound Card

Rajah 1.6 : Sound Card

Sound card berfungsi mengeluarkan bunyi yang dihasilkan oleh komputer.

1.7 Power Supply

Rajah 1.7 : Power Supply 

Power supply merupakan penerima bekalan elektrik daripada punca bekalan elektrik utama. Power supply menukarkan arus elektrik kepada bentuk voltan untuk mengagihkannya ke soket-soket yang terdapat pada motherboard bagi kegunaan komponen yang berkaitan.

1.8 Cooling Fan

Rajah 1.8 : Cooling Fan 

Cooling fan berfungsi mengawal kitaran (ventilation) angin pada system unit. Ia dipasang di hadapan dan belakang casing. Cooling fan di hadapan akan tarik masuk angin dari persekitaran luar untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing. Cooling fan di belakang akan tarik keluar angin dari persekitaran dalam untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing.

1.9 Hard Drive

Rajah 1.9 : Hard Drive 

Hard Drive merupakan perkakasan menyimpan data kekal di dalam sistem komputer. Perisian sistem operasi dipasang (install) di hard drive bagi membolehkan komputer beroperasi. Selain itu perisian pemacu (driver) dan perisian aplikasi juga dipasang (install) pada hard drive.

1.10 Storage Media

Rajah 1.10 : Storage Media 

Storage media berfungsi sebagai tempat penyimpanan perisian operasi dan aplikasi. Ia digunapakai semasa proses installation perisian operasi dan perisian aplikasi mengikut keperluan pengguna.

1.11 Optical Drive

Rajah 1.11 : Optical Drive 

Optical drive merupakan perkakasan yang menggunakan laser untuk membaca dan menyalin data menggunakan CDR, CDRW, DVDR dan DVDRW. Optical drive juga boleh memadam semula data yang telah disalin pada cakera optik.

1.12 Casing

Rajah 1.12 : Casing 

Casing merupakan tempat meletakkan perkakasan-perkakasan komputer yang terlibat untuk system unit. Peranan casing memastikan perkakasan komputer beroperasi dengan baik. Umumnya terdapat dua rekabentuk casing yang boleh dipilih iaitu dari jenis basic atau pun tower yang dikatakan paling popular.

1.13 Heatsink & Fan

Rajah 1.13 : Heatsink & Fan 

Heatsink & fan adalah terma peranti logam konduktif direka untuk menyerap dan bersurai kepanasan dari objek suhu tinggi seperti pemproses computer. CPU heat-sink dilengkapi dengan kipas terbina dalam untuk membantu menjaga kedua-dua CPU dan heat-sink haba pada suhu yang sesuai. Heatsink yang diperbuat daripada logam, seperti aloi tembaga atau aluminium, dan dilampirkan kepada pemproses. Kebanyakan heat-sink bersirip, hirisan nipis logam disambungkan ke pangkal heat-sink , yang membantu haba tersebar di kawasan yang besar.

1.14 Thermal Paste

Rajah 1.14 : Thermal Paste 

Thermal Paste sebagai tampalan terma atau sebatian termal merupakan bahan digunakan untuk pengaliran haba yang lebih baik di antara dua permukaan. Thermal paste akan dititik di atas permukaan CPU sebelum pemasangan Heatsink.

 2.0 JENIS-JENIS CASING KOMPUTER

2.1 Mini Tower

Rajah 2.1 : Mini Tower

Casing jenis mini tower merupakan saiz kecil. Mempunyai ruangan dalam terhad untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan seperti graphic card dan sound card. Terdapat satu saluran kitaran angin iaitu pada bahagian belakang untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.

2.2 Medium Tower

Rajah 2.2 : Medium Tower

Casing jenis medium tower mempunyai saiz sederhana iaitu tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Mempunyai ruangan dalam luas untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan seperti graphic card dan sound card. Dilengkapi dengan tempat laluan kabel yang tersusun dan sistematik. Terdapat tiga saluran kitaran angin iaitu pada bahagian hadapan, belakang dan atas untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.

2.3 Full Tower

Rajah 2.3 : Full Tower

Casing jenis full tower mempunyai saiz besar dan tinggi. Mempunyai ruangan dalam sangat luas untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan mengikut keperluan. Dilengkapi dengan tempat laluan kabel yang tersusun dan sistematik. Terdapat dua saluran kitaran angin di setiap bahagian iaitu hadapan, belakang dan atas untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.

3.0 JENIS-JENIS PEMASANGAN CASING KOMPUTER

3.1 Plug and Play Casing

Rajah 3.1 : Plug and Play Casing

Casing jenis Plug and Play biasanya dikeluarkan oleh syarikat pengeluar komputer terkenal seperti HP, DELL, LENOVO dan ACER. Dilengkapi dengan tempat letak khas untuk setiap perkakasan komputer seperti hard drive, optical drive dan lain-lain. Ia tidak memerlukan screw driver sekiranya pengguna hendak membuka penutup tepi casing serta semua bahagian perkakasan komputer untuk membuat permbersihan dan penyelenggaraan.

3.2 Custom Casing

Rajah 3.2 : Custom Casing

Casing jenis Custom mempunyai pelbagai jenis rekabentuk dan saiz. Ia dikeluarkan oleh syarikat pengeluar terkenal seperti Cooler Master dan Corsair. Dilengkapi dengan tempat letak khas untuk setiap perkakasan komputer seperti hard drive, optical drive dan power supply. Mempunyai ruangan dalam sangat luas untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan mengikut keperluan. Dilengkapi dengan tempat laluan kabel yang tersusun dan sistematik. Terdapat banyak saluran kitaran angin di setiap bahagian iaitu hadapan, belakang dan atas untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.

4.0 JENIS PERINGATAN BUNYI KOMPUTER

Peringatan bunyi komputer merupakan isyarat kepada pengguna sekiranya berlaku kesilapan pada komputer. Peringatan bunyi dikeluarkan oleh BIOS (Basic Input Output System) bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan. Terdapat dua jenis BIOS :

4.1 AMI BIOS

Rajah 4.1 : AMI BIOS

Sekiranya BIOS mengeluarkan bunyi Beep sekali - Kemungkinan RAM mempunyaimasalah / Defective atau Pemasangan RAM yang tidak betul. 6 Beeps - GATE A20 error , Kebiasaannya disebabkan oleh keyboard yang defective ataurosak. 8 Beeps - Kemungkinan Kad Video mempunyai masalah / Defective atau Pemasangan Kad Video yang tidak betul. 11 Beeps - Checksum Error, melibatkan CMOS bateri didalam Motherboard. Periksa bateri CMOS kemungkinan sudah lemah atau habis.

4.2 Award BIOS

Rajah 4.3 : Award BIOS

BIOS mengeluarkan bunyi Beep yang panjang - Memory ERROR atau RAM tidaK dipasang pada slotnya dengan betul. 1 Beep panjang , 2 Beep pendek - Menandakan Kad Video menghadapi masalah dan kemungkinan rosak. Boleh juga disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul. 1 Beep panjang , 3 Beep pendek - Terjadi disebabkan oleh keyboard yang tidak dipasang atau kemungkinan Defective. Juga Video Card error yang disebabkan oleh BIOS yang starting dengan BIOS version 4.5. Beep yang berpanjangan (Continuos Beep)- Memory / RAM atau Kad Video tidak dipasang (Not Detected).

4.3 Phoenix BIOS

Rajah 4.3 : Phoenix BIOS

BIOS mengeluarkan bunyi Beep yang panjang - Memory ERROR atau RAM tidaK dipasang pada slotnya dengan betul. 1 Beep panjang , 2 Beep pendek - Menandakan Kad Video menghadapi 1 Beep, 1 Beep, 4 Beeps - Disebabkan oleh BIOS yang tidak berfungsi (Malfunction). 1 Beep, 2 Beeps , 1 Beep - Disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective). 1 Beep, 3 Beeps, 1 Beep - Masalah yang disebabkan oleh RAM yang bermasalah atau pemasangan RAM yang tidak betul 3 Beeps, 1 Beep, 1 Beep - Juga disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective) 3 Beeps, 3 Beeps, 4 Beeps – Kad Video yang tidak berfungsi atau disebabkan oleh pemasangan Kad Video yang tidak betul.

5.0 JENIS-JENIS MESEJ POST (POWER ON SELF TEST) MESEJ

Apabila system unit komputer dihidupkan maka POST akan mengeluarkan mesej pemeriksaan pada BIOS iaitu memastikan perkakasan seperti hard drive, RAM, keyboard, mouse dan lain-lain berfungsi.

5.1 Keyboard Not Connected

Apabila keyboard tidak disambungkan atau rosak maka POST akan mengeluarkan mesej “Keyboard Not Found”.

5.2 BIOS Date

POST akan mengeluarkan tarikh BIOS asal yang dikeluarkan. Boleh dinaiktaraf menggunakan medium flash drive.

5.3 Processor Bus Speed Error

POST akan mengeluarkan mesej processor bus speed error disebabkan kesilapan tetapan.

5.4 Memory Module Incorrect Configuration

POST akan mengeluarkan mesej memory initialization warning disebabkan lebihan RAM yang tidak dapat dikesan pada sistem.

6.0 MANUAL ARAHAN PENGELUAR

Peralatan (Tools) hendaklah disenaraikan dan disediakan terlebih dahulu mengikut keperluan sebelum melakukan kerja penyelenggaraan komputer. Ia sebagai langkah bagi memudahkan pengguna semasa melakukan kerja penyelenggaraan. Proses penyelenggaraan hendaklah merujuk kepada kaedah dan keselamatan yang ditetapkan. Terdapat empat tahap pemasangan komputer iaitu :

6.1 Persiapan 
Persiapan yang baik adalah memudahkan dalam pemasangan komputer bagi menghindari permasalahan yang mungkin timbul. Persiapan meliputi aspek :
a) Penentuan konfigurasi komputer
b) Persiapan komponen dan kelengkapan
c) Keselamatan

6.1.1 Penentuan Konfigurasi Komputer : Konfigurasi komputer iaitu penentuan jenis komponen dan fungsinya serta bagaimana komponen tersebut bekerja sebagai sebuah sistem komputer. penentuan komponen komputer dimulakan dari jenis prosesor, papan induk (motherboard) dan komponen lain-lain. Faktor kesesuaian (compatable) dari komponen terhadap papan induk harus diberi perhatian kerana setiap jenis papan induk mempunyai jenis prosesor, modul memori, port dan I/O bus yang berbeza.

6.1.2 Persiapan Komponen Dan Kelengkapan : Komponen komputer perlu disediakan terlebih dahulu dan peralatan kelengkapan adalah seperti :
a) Penentuan konfigurasi komputer
b) Komponen komputer
c) Kelengkapan komponen seperti kabel, skru, jumper dan bolt
d) Buku manual dan rujukan
e) Alat bantu seperti skru driver flat dan Philips
f) Perisian sistem operasi , device driver dan perisian aplikasi

6.1.3 Keselamatan : Langkah keselamatan perlu diambil berat bagi menghindari seperti kerosakan komponen oleh elektrik statik, jatuh, chip patah, overheating dan tumpahan cecair. Pencegahan elektrik statik dengan cara menggunakan gelang anti stati atau menyentuh permukaan logam pada casing sebelum memegang komponen untuk membuang cas elektrik.

Friday, November 23, 2018

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN, PERALATAN DAN BAHAN

1.0 KAJIAN PENYELEDIKAN TAPAK DAN KAWASAN

Kajian penyelidikan tapak dan kawasan merupakan langkah yang perlu diambil sebelum projek pembangunan premis dilaksanakan. Ia bertujuan menilai kesesuaian tapak secara keseluruhan bagi pembangunan premis yang akan dicadangkan serta menyediakan satu rekabentuk yang sesuai, lengkap, ekonomi dan selamat.

1.1 Jarak Antara Siling dan Lantai


Rajah 1.1 : Jarak Antara Siling dan Lantai

Penentuan jarak antara siling dan lantai merupakan langkah bagi mengawal saiz keseluruhan bangunan untuk menentukan peruntukan siling. Ia juga merujuk kepada keluasan keseluruhan ruang bagi muatan yang dirancang untuk memenuhi keperluan fungsi bagi sesuatu bangunan.

1.2 Cable Tray

Rajah 1.2 : Cable Tray

Cable Tray merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menyokong pendawaian kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada logam. Terdapat dalam pelbagai jenis, saiz, ukuran dan warna. Cable Tray melaraskan susun atur dan melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Ia digunakan di tempat yang sukar untuk pemasangan kabel seperti di kawasan tempat letak kenderaan dalam bangunan dan dalam siling. Cable Tray mempunyai pelbagai warna kerana dijadikan sebagai label untuk setiap pendaiwaian.

1.3 Raised Floor

Rajah 1.3 : Raised Floor

Raised Floor merupakan sejenis lantai mempunyai tapak ketinggian bertujuan untuk ruangan pendawaian elektrik dan rangkaian. Rekabentuk lantai ini ialah segi empat sama yang berukuran 60cm x 60cm. Ketinggiannya pula ialah dari setengah kaki hingga ke satu kaki. Raised Floor juga merupakan sejenis lantai alaf baru dan moden yang digunapakai oleh bangunan besar seperti pejabat. Ia diperbuat daripada bahan tidak mengalirkan arus elektrik (penebat) dan selamat digunakan untuk jangkamasa yang lama. Di bawah permukaan lantai tersebut akan dipasangkan Cable Tray bertujuan menyokong pendawaian kabel elektrik dan rangkaian supaya selaras dan kemas.

2.0 PERKAKASAN, PERALATAN DAN BAHAN PEMASANGAN RANGKAIAN

2.1 Perkakasan


2.1.1 Switch

Rajah 2.1.1 : Switch

Switch merupakan perkakasan digunakan untuk mewujudkan rangkaian berwayar antara komputer ke komputer dan perkakasan lain. Switch menguruskan proses penghantaran serta penerimaan data antara komputer ke komputer dan perkakasan lain. Setiap komputer yang bersambung dengan switch akan memperolehi kelajuan sama semasa proses penghantaran dan penerimaan data.

2.1.2 Router

Rajah 2.1.2 : Router

Router merupakan perkakasan pakar dalam penghantaran paket data melalui rangkaian. Ia memilih jalan yang terbaik dalam rangkaian bagi perjalanan dan penghantaran paket data ke destinasi. Router juga sebagai pusat rangkaian yang mempunyai dua penyambungan iaitu LAN dan WAN (Internet Service Provider). Router menguruskan penghantaran paket data kepada terminal akhir iaitu komputer. Router memeriksa alamat IP destinasi paket dan menentukan laluan yang terbaik dengan merujuk jadual routing.

2.1.3 Wireless Access Point

Rajah 2.1.3 : Wireless Access Point

Wireless Access Point merupakan perkakasan digunakan untuk mewujudkan rangkaian wireless antara komputer ke komputer dan perkakasan lain yang menggunakan capaian wireless. Ia dilengkapi satu RJ45 port yang berfungsi sebagai WAN. Kabel akan di plug ke RJ45 port yang berfungsi sebagai WAN. Kemudian Wireless Access Point akan mengeluarkan signal rangkaian WAN secara wireless berbentuk SSID. Perkakasan seperti Laptop, Tablet dan Smartphone boleh mengesan SSID tersebut melalui tetapan perkakasan untuk mendapatkan sambungan rangkaian.

2.1.4 Patch Panel

Rajah 2.1.4 : Patch Panel

Patch Panel merupakan perkakasan digunakan untuk menyusun atur pengkabelan rangkaian supaya dalam keadaan teratur, kemas dan tahan lama. Ia membantu melabel setiap kabel yang dipasang bagi memudahkan kerja pemasangan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan. Patch Panel dilengkapi dengan RJ45 port. Ia terbahagi kepada beberapa jenis dan dikelaskan mengikut jumlah port yang terdapat pada bahagian hadapan iaitu 12 port, 24 port, 48 port dan 96 port. Sebelum membuat pemasangan kabel UTP pada Patch Panel, hendaklah merujuk kepada kod susunan warna yang telah ditetapkan.

2.1.5 Patch Cord

Rajah 2.1.5 : Patch Cord

Patch Cord merupakan kabel rangkaian jenis UTP / STP yang telah disiap pasang RJ45 connector pada kedua-dua hujung kabel. Ia digunakan sebagai media penghantaran yang membolehkan komunikasi antara komputer ke komputer dan peranti lain dalam sebuah rangkaian. Kabel Patch Cord mestilah dibuat mengikut ukuran panjang yang ditetapkan. Sekiranya melebihi dari 100 meter signal komunikasi dan penghantaran data akan terputus (loss).

2.1.6 RJ45 Faceplate

Rajah 2.1.6 : RJ45 Faceplate

RJ45 Faceplate merupakan casing yang menutup bahagian hadapan Modular Jack bertujuan untuk melindungi daripada sebarang kemungkinan berlaku seperti tumpahan air atau minyak.

2.1.7 RJ45 Surface Box

Rajah 2.1.7 : RJ45 Surface Box

RJ45 Surface Box merupakan kotak yang menutup bahagian belakang Modular Jack sebagai tempat untuk menyimpan lebihan kabel yang ditarik. Selain itu ia melindungi daripada sebarang kemungkinan berlaku seperti tumpahan air atau minyak.

2.1.8  Modular Jack

Rajah 2.1.8 : Modular Jack

Modular Jack merupakan perkakasan sebagai tempat termination (penamat) bagi pendawaian kabel UTP / STP. Lapan bahagian pada kabel tersebut akan di pasang pada Modular Jack mengikut susunan warna yang telah ditetapkan. Kabel Patch Cord akan di plug pada RJ45 port yang terdapat pada bahagian hadapan Modular Jack bertujuan untuk mendapatkan sambungan rangkaian.

2.1.9 Equipment Rack

Rajah 2.1.9 : Equipment Rack

Equipment Rack merupakan perkakasan dikhususkan untuk menempatkan perkakasan rangkaian seperti swicth, router, access point dan patch panel. Ia terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Pada bahagian atas Equipment Rack dilengkapi dengan kipas yang berfungsi untuk mengawal kitaran angin supaya perkakasan sentiasa dalam keadaan baik.

2.2 Peralatan

2.2.1 Cable Stripper

Rajah 2.2.1 : Cable Stripper

Cable Stripper merupakan peralatan digunakan untuk memotong lapisan utama kabel UTP / STP. Pemotongan mestilah dilakukan dengan pusingan 360 darjah.

2.2.2 Crimping Tool

Rajah 3.1.2 : Crimping Tool

Crimping Tool merupakan peralatan digunakan untuk proses crimping RJ45 connector kepada kabel UTP / STP dan RJ11 connector kepada kabel telefon. Pada bahagian bilah pisau ia boleh digunakan sebagai pemotong kabel.

2.2.3 Punch Down Tool

Rajah 2.2.3 : Punch Down Tool

Punch Down Tool merupakan peralatan digunakan untuk menyambungkan 8 bahagian kabel UTP / STP kepada Modular Jack dan Patch Panel.

2.2.4 Screw Driver

Rajah 2.2.4 : Screw Driver

Screw Driver merupakan peralatan digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru. Ia digunakan dengan cara memutar pemegangnya pada arah lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk mengetatkan skru. Ia mempunyai bahagian hujung yang dibentuk mengikut alur skru bagi memudahkan skru dapat dilonggarkan dan diketatkan.

2.2.5 Cable Tester

Rajah 2.2.5 : Cable Tester

Cable Tester merupakan peralatan digunakan untuk menguji kefungsian kabel UTP / STP yang telah siap dipasang RJ45 connector, Modular Jack dan Patch Panel. Ia juga boleh menguji kefungsian kabel telefon yang menggunakan RJ11 connector. Terdapat dua jenis cable tester iaitu analog dan digital.

2.2.6 Cable Puller

Rajah 2.2.6: Cable Puller

Cable Puller merupakan peralatan digunakan bagi melancarkan proses penarikan kabel elektrik dan rangkaian UTP / STP ke dalam conduit. Ia bersifat fleksibel iaitu boleh memasuki ke ruang dan laluan yang sukar seperti L dan T.

2.2.7 Tangga

Rajah 2.2.7 : Tangga

Tangga merupakan peralatan digunakan untuk naik ke permukaan tinggi seperti dinding bahagian atas, siling dan bumbung. Kerja pengkabelan memerlukan Tangga supaya memudahkan proses penarikan kabel terutamanya pada bahagian yang tinggi.

2.3 Bahan

2.3.1 Trunking

Rajah 2.3.1 : Trunking

Trunking merupakan bahan digunakan untuk melaras susun atur kabel yang ditarik. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Trunking boleh dipasang secara melintang dan menegak pada permukaan dinding. Ia boleh dibentuk L dan T mengikut keperluan. Trunking melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Trunking jenis pvc adalah sesuai digunakan bagi pengkabelan dalam bangunan kerana tidak terdedah kepada haba sinaran matahari dan air hujan. Ia boleh bertahan untuk jangkamasa panjang. Penutup pada bahagian atas Trunking boleh dibuka sekiranya ada pemeriksaan dan penyusunan semula kabel.

2.3.2 Conduit

Rajah 2.3.2 : Conduit

Conduit merupakan bahan digunakan untuk melaras susun atur kabel yang ditarik. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Conduit boleh dipasang secara melintang dan menegak pada permukaan dinding. Ia mempunyai aksesori tambahan seperti L connector, T connector, coupler, clip dan lain-lain. Conduit melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Conduit jenis pvc sesuai digunakan bagi pengkabelan dalam bangunan kerana tidak terdedah kepada haba sinaran matahari dan air hujan. Ia boleh bertahan untuk jangkamasa panjang. Conduit jenis logam sesuai digunakan bagi pengkabelan di luar bangunan kerana tahan lasak. Ia juga boleh di tanam di dalam tanah kebiasaannya untuk pengkabelan elektrik.

2.3.3 Rubber Boot RJ45


Rajah 2.3.3 : Rubber Boot RJ45

Rubber Boot RJ45 merupakan bahan digunakan untuk melindungi pin yang terdapat pada RJ45 connector supaya tidak patah. Ia diperbuat daripada getah dan terdiri daripada pelbagai warna. Pelbagai jenis warna boleh dijadikan penanda bagi membantu juruteknik membuat pemeriksaan kabel.

2.3.4 RJ45 Connector

Rajah 2.3.4 : RJ45 Connector

RJ45 connecter merupakan bahan penyambung penamat bagi kabel rangkaian UTP / STP. Pemilihan RJ45 connector adalah bergantung kepada jenis kabel UTP / STP yang digunakan.

Computer Network Maintance 3/4

1.0 NETWORK MAINTENANCE PREVENTIVE REPORT 1.1 Faulty part Setiap kerosakan perkakasan perlu direkodkan di dalam network maintenance prev...