Wednesday, October 24, 2018

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0       PENGENALAN KOMPUTER

1.1           Definisi Komputer
Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menerima datamemproses datamenyimpan data dan menghasilkan outputIstilah-istilah asas yang perlu diketahui apabila belajar mengenai komputer ialah :


a)    Peranti
Peralatan yang disambung kepada sistem unit.


b)    Perisian
Program atau arahan yang memberitahu komputer apa yang harus dilakukan.


c)    Data
Fakta mengenai sesuatu benda atau orang seperti nama, gambar, warna, saiz, bilangan dan sebagainya.


d)    Maklumat
Data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna.



2.0       KEPENTINGAN PENGGUNAAN KOMPUTER



2.1     Pendidikan


·         Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.


·         Meluaskan pengetahuan pelajar dalam pencarian dan dapatan   maklumat.


2.2     Perbankan dan Perniagaan


·         Mewujudkan satu komunikasi yang luas dengan pelanggan.

·         Mengurangkan kos operasi dan masa.
·         Meningkatkan mutu perkhidmatan.

2.3     Kehidupan Harian Di Rumah


·         Memudahkan pengurusan rumah.
·         Maklumat dapat di capai dengan mudah walaupun dari rumah dengan adanya kemudahan komputer dan internet serta televisyen.
·         Komunikasi jauh boleh diwujudkan.


2.4     Sektor Industri
·         Memudahkan perancangan pengeluaran dan sistem kawalan.
·         Membantu proses merekabentuk produk menggunakan perisian CAD.
·         Membantu pekerja mengendalikan mesin.
·         Membantu tadbir untuk mengawasi dan mengendalikan seluruh operasi kilang.



3.0       PROSES KOMPUTER



3.1     Input


Input merupakan aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. 


Data dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti :

·                Menaip data secara manual menggunakan keyboard.
·                Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan mouse.
·                Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan scanner.


3.2     Proses


Proses adalah langkah menukarkan data kepada maklumat yang berguna.


3.3     Output


Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input. Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau imej yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.


3.4     Storan




Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan kegunaan akan datang.



4.0       JENIS-JENIS KOMPUTER



4.1     Desktop




Desktop merupakan istilah yang digunakan untuk komputer peribadi.   Kedudukan peralatan Desktop pada kebiasaannya diletakkan di atas  meja terdiri daripada monitormousekeyboard dan system unit. Komputer jenis ini mudah untuk menaiktaraf dari segi perkakasan  sekiranya perlu. Ia juga lasak bagi mengendalikan program multimediagames dan autocad.


4.2     Laptop




Laptop merupakan komputer yang berbentuk ringkas dan mudah alih.  Perkakasan seperti processormotherboardRAMhardiskmonitor dan keyboard disatukan menyerupai sebuah buku. Ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digunakan untuk membuat pebentangan di dalam sektor pekerjaan dan perniagaan. Laptop terdiri daripada :


4.2.1         Ultrabook




Ultrabook merupakan komputer riba rekabentuk alaf baru dan menyediakan fungsi pengkomputeran yang sama. Ia ringan, nipis dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih daripada Laptop. Spesifikasi keluaran Ultrabook ialah menggunakan CPU jenis Intel Core i5 dan Intel Core i7.


4.2.2        Netbook




Netbook merupakan komputer riba yang paling kecil, ringan dan berkuasa rendah. Ia sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja dokumentasi menggunakan perisian Microsoft Office dan melayari Internet menggunakan perisian Google Chrome dan Mozilla Firefox. Spesifikasi keluaran Netbook ialah paling minimum iaitu menggunakan CPU jenis Intel Pentium.


4.2.3             Thin Client




Thin Client juga merupakan komputer jenis Desktop yang menggunakan sistem unit sangat kecil, ringan dan berkuasa rendah. Ia sesuai untuk penggunaan membuat kerja-kerja dokumentasi, penghantaran email dan melayari Internet. Thin Client amat sesuai digunakan di pejabat kerana tidak memerlukan ruangan yang besar.



5.0       PERKAKASAN KOMPUTER


 5.1     CPU (Central Processing Unit)




 CPU atau processor merupakan perkakasan utama yang memainkan peranan dari segi kelajuan memproses data. CPU berfungsi sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.


5.2           Motherboard




 Motherboard berfungsi sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan terletak di bahagian bawah casing bagi pengguna yang menggunakan desktop casing dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Motherboard diperbuat daripada kepingan kaca serat dan di atasnya dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa motherboard merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.


5.3           RAM (Random Access Memory)




 RAM merupakan ingatan utama di mana data atau arahan yang diperlukan atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya boleh dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM boleh melaksanakan proses baca dan tulis (read and write). RAM adalah tidak kekal (volatile). Ini bermakna ia akan kehilangan data atau arahan sebaik sahaja komputer dimatikan (off).


5.4           Hard Drive




 Hard Drive merupakan perkakasan menyimpan data kekal di dalam sistem komputer. Perisian sistem operasi dipasang (install) di hard drive bagi membolehkan komputer beroperasi. Selain itu perisian pemacu (driver) dan perisian aplikasi juga dipasang (install) pada hard drive.


5.5           Power Supply




 Power supply merupakan penerima bekalan elektrik daripada punca bekalan elektrik utama. Power supply menukarkan arus elektrik kepada bentuk voltan untuk mengagihkannya ke soket-soket yang terdapat pada motherboard bagi kegunaan komponen yang berkaitan. Terdapat dua (2) jenis power supply iaitu 110v dan 240v.


5.6           Graphic Card




Graphic card berfungsi memproses serta menghasil gambar dan video untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Ia juga terdapat dalam bentuk (built-in) iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Graphic card tambahan biasanya digunakan oleh pengguna yang melakukan kerja multimedia seperti animasi 3D, rekabentuk, dan games.


5.7           Sound Card




Sound card berfungsi mengeluarkan bunyi yang dihasilkan oleh komputer.


5.8         Cooling Fan



 Cooling fan berfungsi mengawal kitaran (ventilation) angin pada system unit. Ia dipasang di hadapan dan belakang casing. Cooling fan di hadapan akan tarik masuk angin dari persekitaran luar untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing. Cooling fan di belakang akan tarik keluar angin dari persekitaran dalam untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing.


5.9      Storage Media




 Storage media berfungsi sebagai tempat penyimpanan perisian operasi dan aplikasi. Ia digunapakai semasa proses installation perisian operasi dan perisian aplikasi mengikut keperluan pengguna.


5.10      Optical Drive




 Optical drive merupakan perkakasan yang menggunakan laser untuk membaca dan menyalin data menggunakan CDR, CDRW, DVDR dan DVDRW. Optical drive juga boleh memadam semula data yang telah disalin pada cakera optik.


5.11      Casing




Casing merupakan tempat meletakkan perkakasan-perkakasan komputer yang terlibat untuk system unit. Peranan casing memastikan perkakasan komputer beroperasi dengan baik. Umumnya terdapat dua rekabentuk casing yang boleh dipilih iaitu dari jenis basic atau pun tower yang dikatakan paling popular.


5.12     Heatsink & Fan 




Heatsink & fan adalah terma peranti logam konduktif direka untuk menyerap dan bersurai kepanasan dari objek suhu tinggi seperti pemproses computer. CPU heat-sink dilengkapi dengan kipas terbina dalam untuk membantu menjaga kedua-dua CPU dan heat-sink haba pada suhu yang sesuai. Heat-sink yang diperbuat daripada logam, seperti aloi tembaga atau aluminium, dan dilampirkan kepada pemproses. Kebanyakan heat-sink bersirip, hirisan nipis logam disambungkan ke pangkal heat-sink , yang membantu haba tersebar di kawasan yang besar.


6.0 PERISIAN SISTEM KOMPUTER


6.1 SISTEM OPERASI (Operating System)

Sistem operasi merupakan perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sistem komputer. Perisian sistem operasi mengawal dan menjalankan proses input / output pada sistem unit komputer. Ia juga mengesan dan mengaktifkan perkakasan seperti processor, motherboard, ram, hard disk dan optical drive. Perisian Sistem Operasi terdiri daripada:

6.1.1 Berlesen (Licensed)

Perisian berlesen merupakan perisian yang mempunyai satu persetujuan syarat-syarat hak penggunaan perisian tersebut antara pemilik dan pengguna. Pengguna hendaklah bersetuju dengan dan mematuhi syaratsyarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian tersebut.

 6.1.2 Sumber Terbuka (Open Source) 

Perisian sumber terbuka merupakan perisian komputer dengan kod sumber yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hak cipta memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua pengguna dan untuk semua tujuan. 


6.2 Suite Produktiviti (Productivity Suite) 

Suite produktiviti merupakan sekumpulan perisian untuk komputer yang terbahagi kepada empat (4) jenis perisian :

6.2.1 Pemproses Perkataan (Word Processing) 

Perisian jenis ini digunakan untuk menaip dokumen seperti surat, memo, laporan dan kertas kerja. Contoh perisian ialah Microsoft Word dan Corel Word Perfect.

6.2.2 Hamparan Elektronik (Spreedsheet) 

Perisian jenis ini digunakan untuk membuat pengiraan seperti anggaran kos perbelanjaan, perakaunan, analisis pelaburan dan penyata kewangan. Contoh perisian ialah Microsoft Excell. 

6.2.3 Persembahan (Presentation) 

Perisian jenis ini digunakan untuk menggabungkan eleman teks, gamber, bunyi, video dan animasi dalam bentuk slideshow persembahan. Contoh perisian ialah Microsoft Power Point, Star Office Impress dan Harvard Graphic. 

6.2.4 Pengkalan Data (Database) 

Perisian jenis ini digunakan untuk menyediakan rekod pengkalan data seperti rekod pekerja, rekod pelajar dan rekod pesakit. Contoh perisian ialah Microsoft Access. 


6.3 Perisian productivity suite terdiri daripada : 

6.3.1 Berlesen (Licensed) 

Pengguna dikehendaki membeli perisian berlesen dengan pengeluar yang terdapat di pasaran terkini. Diutamakan kepada pengguna pemilik syarikat berdaftar bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan. 

6.3.2 Sumber Terbuka (Open Source) 

Pengguna boleh mendapatkan perisian sumber terbuka secara muat turun melalui talian Internet. Diutamakan kepada pengguna peribadi yang tidak memiliki syarikat dan sebarang perkhidmatan perniagaan. 


6.4 Aplikasi (Application) 

Aplikasi merupakan perisian yang dicipta untuk melaksanakan fungsi tertentu secara langsung pada sesebuah komputer. Contoh perisian aplikasi ialah, Web Browser, Microsoft Office, Antivirus, Video Player, Audio Player, Photos Editing dan Games. Terdapat sesetengah perisian aplikasi yang telah tersedia ada pada komputer melalui pemasangan perisian sistem operasi. Sekiranya ada penambahan pengguna boleh memuat turun perisian aplikasi yang dikehendaki melalui talian Internet. Perisian aplikasi terdiri daripada : 

6.4.1 Berlesen (Licensed) 

Pengguna dikehendaki membeli perisian aplikasi berlesen dengan pengeluar yang terdapat di pasaran terkini. Diutamakan kepada pengguna pemilik syarikat berdaftar bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan. 

6.4.2 Sumber Terbuka (Open Source) 

Pengguna boleh mendapatkan perisian sumber terbuka secara muat turun melalui talian Internet. Diutamakan kepada pengguna peribadi yang tidak memiliki syarikat dan sebarang perkhidmatan perniagaan. 


7.0 FUNGSI DAN PERANAN KOMPUTER DALAM PEKERJAAN 

7.1 Pentadbiran 

Di negara ini, peranan komputer amatlah meluas penggunaannya termasuklah dalam bidang pentadbiran, pendidikan, industri, perniagaan, kesihatan dan pelbagai lagi bidang yang menggunakan komputer. Dalam bidang pentadbiran, hampir setiap pejabat atau jabatan sama ada dari sektor kerajaan ataupun sektor swasta telah menggunakan komputer untuk memproses segala data dan menjalankan tugas seharian. Penggunaan komputer lebih memudahkan pihak pentadbir untuk mengendalikan tugas dengan cepat serta dapat menghasilkan satu kerja yang menarik dan berkualiti. 

7.2 Multimedia 

Komputer pada masa kini mempunyai perkakasan yang jauh lebih moden berbanding dahulu. Terdapat banyak rekaan moden dan teknologi telah dicipta melalui komputer. Antara ciptaannya ialah Multimedia. Multimedia merupakan kepelbagaian bentuk media atau perantara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima dengan menggunakan fungsi bunyi, suara, gambar, animasi lagu dan video. Personal Computer (PC) lebih merujuk kepada set perkakasan multimedia yang lengkap dan boleh berfungsi sebagai perantara yang berkesan dengan mengeksploitasikan kepelbagaian fungsi. 

7.3 Kejuruteraan 

Bidang kejuruteraan lebih fokus kepada sektor industri di mana membantu pekerjapekerja kilang mengendalikan mesin untuk proses merekabentuk produk menggunakan perisian CAD. Sistem komputer juga membantu tadbir dan mengawal selia seluruh operasi kilang. 

7.4 Jualan 

Jualan lebih fokus kepada sektor perniagaan memainkan peranan yang penting untuk mengendalikan segala urusan perniagaan. Ia juga akan memudahkan para peniaga atau usahawan untuk mengetahui segala maklumat tentang perniagaan, bursa saham, promosi dan sebagainya.Mereka boleh mengetahui segala-galanya dalam internet. Internet merupakan satu jaringan maklumat terkini di mana kita boleh memperkenalkan maklumat dengan mudah.


Computer Network Maintance 3/4

1.0 NETWORK MAINTENANCE PREVENTIVE REPORT 1.1 Faulty part Setiap kerosakan perkakasan perlu direkodkan di dalam network maintenance prev...